Salam sejahtera semua...
Kali ni akau nak review sikit berkenaan Windows 8.... Windows 8 adalah salah satu OS yang dibangunkan oleh Microsoft. Selepas windows 98 SE aku kurang berminat dengan OS yang dikeluarkan oleh Microsoft seperti Windows ME, Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Aku lebih suka menggunakan Linux Ubuntu ini kerana perkhidmatan yang disediakan oleh linux lebih baik... antara aplikasi yang menarik dalam linux ubuntu ini ialah PlayOnLinux. PlayOnLinux ni boleh menjalankan aplikasi-aplikasi windows seperti Microsoft Office dan game seperti NEED FOR SPEED.
Setelah Windows 8 dilancarkan pada 26 oktober yang lalu aku mula tertarik dengan dengan perkhidmatan yang disediakan selari dengan perkembangan dengan teknologi terkini seperti Cloud dan Store. Walaubagaimanapun windows agak ketinggalan berbanding dengan produk Apple dan aku pasti windows akan bersaiang dengan produk Apple...
Tak perlu cerita panjang lagi aku tunjukkan beberapa perkhidmatan Windows dan perbandingan dengan OS yang lain:
1. APPLICATION STORE
Windows 8
Windows 8 store merupakan teknologi baru.. Dari segi aplikasi yang disediakan amat kurang berbanding dengan Apple App Store dan Google Play.. Aku pasti satu hari nanti Windows 8 store dapat menyaingi Apple App Store dan Google Play.
Apple App Store
Apple App Store adalah yang terbaik setakat ini
Google Play
Google Play satu-satunya yang dapat menyaingi Apple App Store
Ubuntu
Mempunyai aplikasinya yang tersendiri.. Yang paling aku minat adalah PlayOnLinux yang membolehkan linux Ubuntu menjalankan program windows
2. CLOUD
Windows 8
Windows 8 menyediakan 7GB ruang secara percuma.... manakala untuk upgrade berdasarkan gambar yang ditunjukkan
SkyDrive yang dipasang pada iPad
Apple
iCloud menyediakan ruang sebanyak 5GB percuma. Manakala untuk tambahan seperti yang ditunjukkan
Antara keistimewaan iCloud bukan setakat gambar dan dokumen sahaja malah boleh digunakan untuk mencari atau menjejak iPad atau iPhone yang hilang, peringatan, kalender, dan nota
Linux Ubuntu
Tidak ketinggalan Ubuntu juga turut menyediakan Cloud iaitu Ubuntu One yang menyediakan 500MB saiz percuma... Walaubagaimanapun setiap 1 seorang referral yang kita dapat maka Linux Ubuntu akan menambah sebanyak 500MB
3. Game
Windows 8
Apple Game Center
Sebenarnya banyak lagi aku nak tunjukkan... macam mana Windows 8 berintegrasi dengan aplikasi yang lain seperti Kalender, Maps, Mail, Facebook skype dan lain.. dalam artikel yang akan datang.