Friday, November 2, 2012

TEKNOLOGI TERKINI WINDOWS 8 DAN PERBANDINGAN DENGAN OS YANG LAIN


Salam sejahtera semua...

Kali ni akau nak review sikit berkenaan Windows 8....  Windows 8 adalah salah satu OS yang dibangunkan oleh Microsoft. Selepas windows 98 SE aku kurang berminat dengan OS yang dikeluarkan oleh Microsoft seperti Windows ME, Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Aku lebih suka menggunakan Linux Ubuntu ini kerana perkhidmatan yang disediakan oleh linux lebih baik... antara aplikasi yang menarik dalam linux ubuntu ini ialah PlayOnLinux. PlayOnLinux ni boleh menjalankan aplikasi-aplikasi windows seperti Microsoft Office dan game seperti NEED FOR SPEED.

Setelah Windows 8 dilancarkan pada 26 oktober yang lalu aku mula tertarik dengan dengan perkhidmatan yang disediakan selari dengan perkembangan dengan teknologi terkini seperti Cloud dan Store. Walaubagaimanapun windows agak ketinggalan berbanding dengan produk Apple dan aku pasti windows akan bersaiang dengan produk Apple...

Tak perlu cerita panjang lagi aku tunjukkan beberapa perkhidmatan Windows dan perbandingan dengan OS yang lain:

1. APPLICATION STORE
Windows 8

Windows 8 store merupakan teknologi baru.. Dari segi aplikasi yang disediakan amat kurang berbanding dengan Apple App Store dan Google Play.. Aku pasti satu hari nanti Windows 8 store dapat menyaingi Apple App Store dan Google Play.
 
 Apple App Store

 Apple App Store adalah yang terbaik setakat ini

Google Play
 Google Play satu-satunya yang dapat menyaingi Apple App Store

Ubuntu
 
Mempunyai aplikasinya yang tersendiri.. Yang paling aku minat adalah PlayOnLinux yang membolehkan linux Ubuntu menjalankan program  windows

2. CLOUD
Windows 8
Windows 8 menyediakan 7GB ruang secara percuma.... manakala untuk upgrade berdasarkan gambar yang ditunjukkan
 SkyDrive yang dipasang pada iPad

Apple
 iCloud menyediakan ruang sebanyak 5GB percuma. Manakala untuk tambahan seperti yang ditunjukkan
Antara keistimewaan iCloud bukan setakat gambar dan dokumen sahaja malah boleh digunakan untuk mencari atau menjejak iPad atau iPhone yang hilang, peringatan, kalender, dan nota

Linux Ubuntu
Tidak ketinggalan Ubuntu juga turut menyediakan Cloud iaitu Ubuntu One yang menyediakan 500MB saiz percuma... Walaubagaimanapun setiap 1 seorang referral yang kita dapat maka Linux Ubuntu akan menambah sebanyak 500MB
 
3. Game

Windows 8



Apple Game Center

Sebenarnya banyak lagi aku nak tunjukkan... macam mana Windows 8 berintegrasi dengan aplikasi yang lain seperti Kalender, Maps, Mail, Facebook skype dan lain.. dalam artikel yang akan datang.

Wednesday, October 31, 2012

NAIK TARAF WINDOWS 7 KEPADA WINDOWS 8


Istimewa buat pengguna windows 7 dan vista... microsoft telah menawarkan upgrade windows 8 dengan harga yang istimewa kepada pelanggan setia windows. Bagi yang baru beli laptop yang menggunakan windows 7 jgn menyesal pulak... mcm pembeli iPad 3rd Gen baru beberapa bulan dilancarkan dah 4th gen iPad yang mana 2x lebih laju dan juga ada iPad mini...


Bagi yang dah beli laptop mulai 2 jun 2012 hingga 31 januari 2013 berpeluang untuk menaik taraf windows 7 ke windows 8 dengan harga sekitar RM50..

lengkapkan maklumat  di https://www.windowsupgradeoffer.com/en-MY/Registration kemudian dapat akan dapat promo code

setelah dapatkan promo code 

buka link ini untuk download http://windows.microsoft.com/en-US/windows/buy  

klik download untuk download windows upgare assitant... windows upgrade assitant ini akan compatible komputer iaitu kesesuaian windows 8 dengan komputer anda..sama ada 32 bit atau 64 bit.. jika anda anda install Microsoft Security Essentials dia suruh uninstall sebab windows 8 menggunakan windows defender jadi windows 8 tak perlu anti virus..



seterusnya boleh order dengan harga $39.99 dalam RM125.. selepas klik order kemudian lengkapkan kaedah pembayaran.. yang aku gunakan adalah kad debit visa. Seterusnya jangan lupa masukkan promo code.... untuk dapatkan harga RM49.92.. 

Langkah seterus samada nak upgrade atau cipta iso fail... ini memudahkan pada masa akan datang untuk format semula komputer andar

Bagi yang beli sebelum 2 jun 2012 kemudian menggunakan windows 7 dan vista ori boleh bayar $39.99 atau RM125.++.. Kira ok juga sebab os ini boleh digunakan sampai bila-bila boleh update dan bayak faedah yang boleh digunakan antaranya SkyDrive mcm iCloud bagi produk apple ini akan terangkan lebih lanjut dalam post-post yang akan datang.. 

JANGAN LUPA TAWARAN INI HANYA TERHAD SEHINGGA 31 JANUARI 2013 KEMUDIAN HARGA AKAN MELAMBUNG SEHINGGA BERATUS-RATUS RINGGIT MUNGKIN DALAM RM8++


Friday, October 19, 2012

JEJAK IPAD YANG TELAH DICURI

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Timbul pula rasa nak ingin menulis blog.....  pada asalnya tak berminat nak menulis blog ni disebabkan berlaku satu peristiwa yang menyebabkan aku mula menceburi bidang penulisan blog ni dan aku rasa perlu berkongsi dengan rakan lain... cerita ni berkisar bagaimana ‘new iPad’ aku telah dicuri. Yang menariknya pencuri tu akhirnya dapat ditangkap dan iPad ku kini selamat disimpan di balai polis sebagai bahan kes sehingga kes selesai. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana aku jejak pencuri sehingga tertangkapnya pencuri tersebut. 
Banyak hikmah dari tertangkapnya pencuri ini... antaranya
  1. Menjadi pengajaran kepada pengguna iPad yang lain
  2. Reputasi balai meningkat ini kerana kes dapat diselesaikan dalam tempoh 1 jam selepas laporan dibuat.
  3. ‘key Perfomance Indicator’ (KPI) polis turut meningkat
  4. Menurut maklumat polis... jarang berlaku kes kecurian yang melibatkan handphone dapat kembali..
Kebanyakkan tablet atau smartphone hari ini menggunakan Android bebeza dengan Apple iPad atau iPhone yang menggunakan iOS..  iOS dibangunkan oleh Apple itu sendiri sekaligus iOS serasi dengan iPad dan iPhone.... Kalau kita lihat banyak berlaku perang siber antara pengguna iOS dan Android difacebook... Ini  bukan bermakna aku terlalu obses dengan  iOS ini kerana setiap OS yang digunakan ada kelebihan dan ada kekurangaan..  Sehingga hari ini aku masih menggunakan OS ini seperti
Handphone – menggunakan android
iPad – menggunakan iOS
Notebook – Windows 7
Desktop Computer – Linux Ubuntu

Bagaimana aku dapat balik iPad ku ini yang aku ingin kongsikan.. Antara ciri yang ada pada Apple iPad adalah iCloud.. iCloud adalah cloud software mula-mula sekali aku kenali... sebelum cloud software yang lain.
Apple iCloud
https://www.icloud.com

Popular Cloud Software for Android

Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum berlaku kecurian... pada iPad klik 'setting' klik iCloud -> Turn On Find My iPad sebagai persediaan jika berlaku kecurian.
Selepas login icloud klik Find My iPhone... 
Kemudian pada Devices pilih iPad yang ingin ditrack -> Lost Mode


Tujuan klik lost mode ini agar pencuri tidak dapat mengubahsuai setting pada iPad
Keadaan iPad setelah Lost Mode di aktifkan
Keadaan sebelum pencuri ditangkap.
Apa-apapun cara terbaik untuk mengatasi kecurian adalah jaga dengan baik...