Friday, October 19, 2012

JEJAK IPAD YANG TELAH DICURI

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Timbul pula rasa nak ingin menulis blog.....  pada asalnya tak berminat nak menulis blog ni disebabkan berlaku satu peristiwa yang menyebabkan aku mula menceburi bidang penulisan blog ni dan aku rasa perlu berkongsi dengan rakan lain... cerita ni berkisar bagaimana ‘new iPad’ aku telah dicuri. Yang menariknya pencuri tu akhirnya dapat ditangkap dan iPad ku kini selamat disimpan di balai polis sebagai bahan kes sehingga kes selesai. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana aku jejak pencuri sehingga tertangkapnya pencuri tersebut. 
Banyak hikmah dari tertangkapnya pencuri ini... antaranya
  1. Menjadi pengajaran kepada pengguna iPad yang lain
  2. Reputasi balai meningkat ini kerana kes dapat diselesaikan dalam tempoh 1 jam selepas laporan dibuat.
  3. ‘key Perfomance Indicator’ (KPI) polis turut meningkat
  4. Menurut maklumat polis... jarang berlaku kes kecurian yang melibatkan handphone dapat kembali..
Kebanyakkan tablet atau smartphone hari ini menggunakan Android bebeza dengan Apple iPad atau iPhone yang menggunakan iOS..  iOS dibangunkan oleh Apple itu sendiri sekaligus iOS serasi dengan iPad dan iPhone.... Kalau kita lihat banyak berlaku perang siber antara pengguna iOS dan Android difacebook... Ini  bukan bermakna aku terlalu obses dengan  iOS ini kerana setiap OS yang digunakan ada kelebihan dan ada kekurangaan..  Sehingga hari ini aku masih menggunakan OS ini seperti
Handphone – menggunakan android
iPad – menggunakan iOS
Notebook – Windows 7
Desktop Computer – Linux Ubuntu

Bagaimana aku dapat balik iPad ku ini yang aku ingin kongsikan.. Antara ciri yang ada pada Apple iPad adalah iCloud.. iCloud adalah cloud software mula-mula sekali aku kenali... sebelum cloud software yang lain.
Apple iCloud
https://www.icloud.com

Popular Cloud Software for Android

Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum berlaku kecurian... pada iPad klik 'setting' klik iCloud -> Turn On Find My iPad sebagai persediaan jika berlaku kecurian.
Selepas login icloud klik Find My iPhone... 
Kemudian pada Devices pilih iPad yang ingin ditrack -> Lost Mode


Tujuan klik lost mode ini agar pencuri tidak dapat mengubahsuai setting pada iPad
Keadaan iPad setelah Lost Mode di aktifkan
Keadaan sebelum pencuri ditangkap.
Apa-apapun cara terbaik untuk mengatasi kecurian adalah jaga dengan baik...

2 comments:

  1. Replies
    1. Apabila ipad tu di hidupkan semula... Apple akan maklumkan lokasi terkini melalui email... masih ada kelemahan pada iOS 6 kerana apabila ipad telah diresetkan maka icloud sukar utk dijejaki.. tetapi ipad tu ttp tidak boleh digunakan kerana perlu activation... berbeza dengan iOS 7 sebelum reset perlu turn off find my ipad dan perlu masukkan apple id dan password.. pihak apple sedang memperbaiki masalah ini

      Delete